Assalamualaikum, Ikhwah dan Akhawat yang dihormati sekalian,
Selesai kenyataan media Wanita JIM semalam di Ibu Pejabat JIM di Taman Melawati, satu rangka gerakan mencari adik Sharlinie telah dipersetujui. Bagi membantu usaha mencari adik Sharlinie disamping mendidik masyarakat, ana menggesa ikhwah dan akhawat sekalian untuk bersama membantu dalam gerak gempur "SHARLINIE-CARI SAMPAI JUMPA!" yang akan bermula hari ini sehingga kehari adik Sharlinie dijumpai.
1. Poster dan flyers yang dihasilkan oleh PAKSI bersama JIMedia akan dimuatkan di website JIM www.jim.org.my juga seperti attachment dan semua lokaliti boleh muat turun serta mencetak seberapa naskah yang mungkin. Disamping maklumat yang berkaitan adik Sharlinie, flyer ini mengandungi no perhubuangn PAKSI JIM dan IPD Petaling Jaya, no PAKSI JIM telah mendapat pertujuan dari IPD sebagai langkah menghalang sebarang penyaluran berita palsu dan mengurangkan tekanan yang dialami oleh keluarga En Nasyar, mengikut etika kes penculikan di negara2 lain no perhubungan keluarga tidak akan diberi kepada umum. Dibelakang flyer telah disenaraikan beberapa langkah kesedaran kepada masyarakat dan doa agar usaha mencari adik Sharlinie dipermudahkan dan tawakkal kepada Yang Maha Mengetahui.
2. Lembah Kelang / Selangor: 5000 flyers dan 500 poster akan dihantar ke ibu pejabat JIM di Taman Melawati pada malam ini jadi kepada mana2 IPT/ individu boleh datang ke Pejabat JIM untuk mengambil flyers untuk edaran.
3. Gerak Gempur Kempen “SHARLINIE- CARI SAMPAI JUMPA!” akan bermula malam ini disekitar lembah kelang. Cadangan tempat untuk edaran flyers adalah di IPT, taman permainan, taman perumahan, petrol stations, shopping malls dan mana-mana tempat yang strategik…Maklumat ini boleh juga disebarkan ke jaringan yahoogroups, net yang lain.
4. Wanita JIM diperingkat negeri dan daerah akan memulakan gerak gempur pada hujung minggu ini dan kepada mana-mana lokaliti yang prihatin boleh bersama mengedarkan flyers.
Semoga usaha kerdil ini sedikit sebanyak membantu dalam usaha pencarian adik Sharlinie serta kearah pengislahan masyarakat.
Segera segera dengan pantas…kita Bergerak bukan hanya melihat!!!
”Dengan nama ALLAH wahai petunjuk kesesatan dan pemberi balik barang yang hilang, berilah kembali anak yang hilang ini dengan berkat kemuliaan Mu kerana ia adalah dari pemberianMU dan limpah kurniaMU, Amin.”
Khadijah Azman
Ketua SISMA
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia
Labels: cari sharlinie
Posted on
Thursday, January 17, 2008
by kperak |